No Bully

Sebab saya buat page ni actually, saya.. Adalah mangsa buli. Ini kisah saya yang ingin saya share.

Ceritanya macam ni.. Kisah buli saya bermula seawal darjah 3. Since tak ada banyak kawan perempuan, most of time, saya berkawan dengan budak lelaki. Masa ni, saya tak kenal macam mana berkawan dengan perempuan, walaupun saya sendiri perempuan. Yes, saya ada 1, 2 kawan perempuan. Tapi di sekolah rendah, tempat duduk pun cikgu nak atur. Jadi dengan budak laki saya borak2 macam tu je la. Since kawan dengan budak lelaki, ada kala tu diaorang bising la macam2. And some, seingat saya, ada yang nak barang milik saya.. *Bengang je bila fikirkan balik* .

Dari darjah 4, 5, dan 6, dimana buli ni makin teruk. Just sebab kulit saya coklat, ya.. Saya diejek. Macam rasis. Since actually saya tak cakap banyak, plus tak ada kawan yang betul nak kawan macam tu, most of time saya melukis. Saya tak cerita pun yang saya dibuli, tak cerita pun di rumah. Saya separate dan simpan dalam diri saya je. Buli yang saya hadapi bukan sehari, dua.. Tapi setiap hari. Dengan ejekan yang budak2 tak kira laki atau perempuan ni bagi, honestly.. Saya tak ada keyakinan diri. And tak pernah rasa diri ni cantik dan sebagainya.

Selama di sekolah rendah, saya diejek, pernah juga di sepak, and yes, of course saya menangis, sebanyak mana saya mampu. Buli terhadap saya tak berhenti lepas habis sekolah rendah pun.. Ia berterusan.

As saya dah agak. Masuk2 kelas tingkatan 1 ni, honestly la.. Memang tak nak pergi sekolah pun. Hari pertama je, saya duduk kat belakang, tepi tingkap menghadap rumah flat. Meja satu, tak ada kawan. Since sekolah menengah ni student dari sekolah rendah sebelah padang je, memang tak cakap la. Ada yang kenal, just saya diam je, and baca buku. Tu pun ada yang duk cakap pasal saya. Time tingkatan 1 ni, saya act the way who i am. Tapi budak senior banyak yang salah faham, maybe. As the result, gaduh gitu2. Tapi senior kan, nak menang diaorang.. Dekat rumah, saya disalahkan.

Perit bila ingat balik. Dari tingkatan 1, 2, dan 3. Saya dibuli, walaupun bukan direct fizikal yang kena, ejekan seperti masa saya sekolah rendah tu still ada. Memang at one point tu saya keluar dari kelas, ada yang saya tak masuk kelas.. Yang ni seingat saya time tingkatan 3. Maklumlah nak PMR. Tapi dalam keadaan yang macam ni, saya tak boleh fokus. Jadi saya most of time buat study sendiri. Masa tingkatan 3 ni boleh kata yang paling teruk sepanjang sekolah menengah.. Bukan dengan budak2 yang ejek, kata2 dekat saya.. Tapi, cikgu pun ada. Boleh kata ni yang paling saya benci, tapi saya diam. Maybe ada yang tak percaya, tapi ni reality yang saya sedang hadapi masa tingkatan 3 ni.

By the time, yang cikgu punya cerita ni, memang dah dapat tahu yang saya and family akan berpindah. So, memang actually banyak detail yang saya tak cerita. Tapi masa tu dah hujung tahun, PMR nak dekat.. Banyak yang still berlaku.

So, saya, mangsa buli, ingin bagi tahu.. Reality kena buli ni memang teruk. Memang sikit2, tapi kalau dibiarkan, lama2 boleh membawa ke perkara yang tak baik. Kesan buli ni memang teruk.. Dari pengalaman sendiri, yes, buli menyebabkan mangsa hilang yakin diri, susah berkomunikasi. Dalam banyak kes, and saya faham, mental dan emosi boleh merosot. And yang paling teruk sekali, dan banyak kes macam ni, selalunya di luar negara, ada yang bunuh diri.

So saya always berharap, buli ni tak pernah wujud. *Haha*. Tapi the reality, it is. So, saya harap buli yang sedang berleluasa sekarang ni, dapat dielakkan. And bukan orang muda je, bagi ibu bapa juga, sebab ada yang tak sedar, anak2 mereka adalah mangsa buli. Saya share cerita ni, agar yang tak tahu buli ni macam mana, tahu hakikat sebenar kena buli. And, saya ambil pengalaman ni, untuk mengingatkan diri untuk stay strong..!.

STAY STRONG. SAY 'NO' TO BULLY!





No comments:

Post a Comment