Tuesday, April 14, 2015

Jalan2: 100 Doraemon, Viva Expo Hall, Cheras - Part 1

Salam and pagi. Throwback awal tahun lapas, event menarik dan super excited nak pergi sangat2. Yes, nak pergi tengok Doraemon Si Robot Kucing..! . 100 Doraemon Secret Gadgets Expo diadakan di Viva Mall, dekat Cheras. Kalau ikut kan kiraan.. Doraemon dilahirkan, kata senang la.. Pada tahun 2112. So, kira2 lagi 100 tahun la. Maybe sebab ni event ni diadakan seluruh Asia, specially, di Jepun. Di Malaysia, event 100 Doraemon ni adalah yang pertama di Asia Tenggara.

So saya pergi bersama little sister, dia yang paling excited, terus saya pun jadi hyper lebih pulak ahaks. :D . Bersama 2 abang saya. Since just dapat tahu event ni dekat Viva Mall, Cheras, yang tak jauh dari rumah saya, kitaorang just gerak ke Viva Mall terus. Since tak pernah datang shopping dekat Viva Mall ni, nak ke tempat event pon tak tahu. Nasib baik diaorang letak sign, boleh follow je. Nak masuk event ni kena tiket, so beli aje.

Sign to 100 Doraemon
Tiket simpan buat kenangan

So tiket ni boleh digunakan sebanyak 2 kali. Ikut suka la, nak ke tak nak kan. Then, beratur macam biasa, tunggu giliran untuk tiket dicop. Lepas tu, boleh la nak bergambar dekat pintu masuk event ni. Sebab pintu masuknya rupa number 100 tu. Jalan sikit boleh nampak wall papers, iconic ruangan masa.

Ruangan masa
Mesin masa Doraemon

Selapas laluan ruangan masa, dah boleh nampak Doraemon yang tengah 'hi' dekat peminat2 dia. :D . Seterusnya saya akan cerita dalam Part 2. Banyak lagi ni.Tunggu tau. 
 


No comments:

Post a Comment